Ahad, 5 Mac 2017

4 juta Belia masih belum mendaftar -Spr

4 JUTA BELIA MASIH BELUM MENDAFTAR




Sebanyak 4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas yang sudah layak untuk mengundi namun masih belum menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya melihat bilangan yang belum berdaftar mengundi itu sebagai satu yang serius dan perlu diatasi secara efektif.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat 18 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas layak menjadi pemilih.

Sehingga suku ketiga tahun 2016, seramai 14,079,751 juta orang warganegara Malaysia telah mendaftar sebagai pemilih dan statistik terkini menunjukan terdapat 4,060,339 juta orang yang masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga kini.

Mengulas lanjut, Pengerusi SPR turut meminta setiap rakyat yang telah mendaftar kan diri sebagai pengundi supaya lebih serius dengan menjalankan kewajipan  keluar mengundi semasa pilihanraya diadakan. 

Semakan Pengundi sila rujuk link 
http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/

#MediaAzleeKlang #Spr #UMNO #BarisanNasional #DaftarPemilih #Malaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan