Ahad, 19 Mac 2017

CUTI-CUTI MALAYSIA - SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN

CUTI-CUTI MALAYSIA - SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN

CUTI-CUTI MALAYSIA -SEKINCHAN SELANGOR
SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN



SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN.

NO. 358 JALAN PANTAI REDANG, BAGAN SEKINCHAN, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR.

TEL: 03-3241 8497/010-3382840      FAX: 03-32418499









ROOM CATEGORY -TYPE OF BED


1-STANDARD ROOM (1 QUEEN/2 SINGLE BED)  

(PEAK SEASON)    RM129.05 
(ROOM RATES)     RM113.00 
(PROMO-40%)       RM68.00

2-DELUXE ROOM (1 QUEEN/2 SINGLE BED)
(PEAK SEASON)    RM189.60 

(ROOM RATES)     RM121.00 
(PROMO-40%)       RM73.00

3-SUPERIOR ROOM (1 KING SIZE BED)
(PEAK SEASON)    RM172.25

 (ROOM RATES)    RM140.00 
(PROMO-40%)        RM84.00

4-SUPERIOR DULEXE (1 QUEEN+1 SINGLE BED)
(PEAK SEASON)    RM207.05 

(ROOM RATES)     RM180.00 
(PROMO-40%)       RM108.00

5-FAMILY DELUXE (1 KING + 1 SINGLE BED)
(PEAK SEASON)     RM250.00 

(ROOM RATES)      RM210.00 
(PROMO-40%)        RM126.00

6-SUITE ROOM (1 KING SIZE BED)
(PEAK SEASON)    RM278.30 

(ROOM RATES)     RM220.00 
(PROMO-40%)       RM132.00

7-FAMILY ROOM (1 KING + 2 SINGLE BED)
(PEAK SEASON)      RM313.15 
(ROOM RATES)       RM250.00 
(PROMO-40%)         RM150.00

8-FAMILY SUITE (1 KING +1 QUEEN + 1 SINGLE)
(PEAK SEASON)      RM420.00 

(ROOM RATES)       RM350.00 
(PROMO-40%)         RM210.00

9-EXECUTIVE SUITE (1 KING SIZE BED)
(PEAK SEASON)      RM480.00 
(ROOM RATES)       RM300.00 
(PROMO-40%)         RM180.00



FACILITIES:-


  • COMPLIMENTARY CAR PARK WITH 24 HOURS SECURITY
  • RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR SERVING VARIETY OF SEAFOODS AND LOCAL FOOD.
  • TOTAL OF 10 TELEVISION CHANNELS OF YOUR ENTERTAINMENT IN ROOM.
  • COFFEE/TEA MAKING FACILITIES, HAIR DRYER, AIR-CONDITIONER, CEILLING FAN,IRON,  SHOWER.
  • MEETING ROOMS FACILITIES.


BOLEH UNTUK

-  MAJLIS KERAMAIAN/PERKAHWINAN
- SEMUA JENIS KURSUS SWASTA DAN KERAJAAN
- HARI KELUARGA


100 BILIK TERSEDIA. PM SAJA
HARGA BERPATUTAN.


#CutiCutiMalaysia
#Sekinchan
#SungaiBesar


https://www.facebook.com/Sekin-Fisherman-Resort-Sekinchan-Selangor-1746161882363428/

https://www.facebook.com/groups/komunitiselangor/files/


https://m.facebook.com/story.php






















































Ahad, 5 Mac 2017

ETIKA KEWARTAWAN SELANGOR KINI DIPERSOAL, JADI ALAT FITNAH -BUDIMAN ZOHDI



KENYATAAN MEDIA

ETIKA KEWARTAWAN SELANGOR KINI DIPERSOAL, JADI ALAT FITNAH 

1. SAYA terpanggil untuk menjawab tohmahan serta fitnah yang dilakukan oleh akhbar milik kerajaan negeri, Selangor Kini menerusi penerbitan artikel bertajuk 'Janji tinggal janji..."Apa nasib kami" yang diterbitkan menerusi edisi 3-10 Mac 2017.

2. Merujuk kepada artikel itu, akhbar berkenaan telah memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Nelayan Sungai Besar, Abdul Karim Lambak dengan mengaitkan saya kononnya mengambil sikap lewa termasuklah gagal menunaikan janji untuk membantu keperluan nelayan di kawasan ini.

3. Saya menegaskan bahawa, artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu bukan sahaja tidak benar, tetapi turut memalukan bidang kewartawanan kerana fakta yang 'dipersembahkan' kepada masyarakat itu didapati jauh menyimpang daripada realiti sebenar yang berlaku membabitkan hal ehwal kebajikan golongan nelayan di kawasan Parlimen Sungai Besar ketika ini.

4. Saya juga difahamkan bahawa Abdul Karim Lambak tidak pernah membuat kenyataan sebagaimana yang disiarkan dalam artikel berkenaan. Malah, beliau turut membuat laporan polis mengenai penerbitan artikel itu selain menganggap beliau telah dianiaya oleh Selangor Kini.

5. Umum mengetahui bahawa kerajaan Selangor ketika ini di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN daripada Barisan Nasional di Selangor, saya berkemungkinan menjadi sasaran oleh pihak-pihak berkepentingan politik tertentu dengan menggunakan Selangor Kini sebagai alat untuk memfitnah serta memburuk-burukkan imej saya.

6. Sepanjang 7 bulan menjadi Ahli Parlimen, berikut adalah pencapaian yang sudah saya laksanakan dalam membantu meningkatkan potensi, kebajikan serta infrastruktur membantu  nelayan di kawasan Parlimen Sungai Besar iaitu;

- Menaiktaraf Jeti Nelayan Sungai Nibong  bernilai peruntukan sebanyak RM200,000.
- Membaikpulih Jeti Nelayan Sg Hj Dorani bernilai RM45,000.
- Menjalankan gotong-royong membaiki baiki Jeti Sungai Nipah bernilai RM2,000.
- Membantu nelayan mendapatkan lesen khas sampan membabitkan 19 penerima.
- Pemasangan Lampu Pandu Arah Laut Bagan Sungai Besar bernilai RM480,000.
- Pemasangan Lampu Pandu Arah Laut Bagan Sekinchan bernilai RM1.65 juta.
- Menaiktaraf taraf Kren Pemunggah Ikan, di Jeti Sungai Labu bernilai RM5,000.
- Menyalurkan Elaun Sara Hidup Nelayan kepada 1,814 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM4.2 juta.
- Menyalurkan bantuan subsidi petrol kepada 478 buah vessel dengan nilai peruntukan sebanyak RM4.2 juta.
- Menyalurkan bantuan subsidi diesel kepada 487 buah vessel dengan nilai peruntukan sebanyak M37 juta.
- Menyalurkan insentif hasil tangkapan kepada 403 buah vessel (hasil tangkapan 2.5 juta kg) dengan nilai peruntukan sebanyak RM252,000.
- Menyalurkan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat kepada 41 penerima dengan nilai peruntukan sebanyak RM98,400.
- Menyediakan Projek Khas Perumahan Nelayan kepada 345 penerima dengan nilai peruntukan sebanyak RM3.45 juta.
- Menyalurkan bantuan kepada 15 penerima di bawah Program Bantuan Bencana Alam dengan nilai peruntukan sebanyak RM47,000.
- Menyalurkan bantuan kepada 5 orang penerima di bawah Program Bantuan Peralatan dengan nilai peruntukan sebanyak RM50,000.
- Membela para nelayan menerusi penangguhan PLKS (Permit Lawatan Kerja Sementara) bagi menggantikan Pas Pelaut yang sepatutnya bermula 1 Mac 2017.
- Mengadakan pertemuan dwi bulanan secara berkala dengan agensi penguatkuasaan seperti APMM, Jabatan Perikanan dan Polis Marin.
- Menyokong inisiatif Rakan Maritim dengan kerjasama TLDM bagi menjaga kepentingan nelayan tempatan di Selat Melaka.

7. Berdasarkan daripada senarai-senarai itu, apakah asas yang mengatakan saya mengabaikan kebajikan golongan nelayan di kawasan Parlimen Sungai Besar sebagaimana yang didakwa oleh Selangor Kini?. Sebaliknya, akhbar kerajaan negeri itu perlu bertanyakan kepada pentadbiran Selangor ketika ini mengenai caj yang bakal dikenakan kepada nelayan oleh pihak LUAS, Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam yang dilihat bakal meningkatkan kos sara hidup para nelayan.

8. Selain itu, jika Selangor Kini sebuah akhbar yang bertanggungjawab, sepatutnya mereka membuat perbandingan mengenai jumlah peruntukan yang telah digunakan dari Bajet Selangor untuk membantu nelayan di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Sungai Besar. Sesungguhnya etika kewartawanan yang tidak diikuti telah memburukkan kredibiliti akhbar Selangor Kini.

BUDIMAN MOHD ZOHDI
Ahli Parlimen Sungai Besar
ADUN Sungai Panjang
6 Mac 2017

#MediaAzleeKlang #BudimanMohdZohdi #SungaiBesar #BarisanNasional #Parlimen

4 juta Belia masih belum mendaftar -Spr

4 JUTA BELIA MASIH BELUM MENDAFTAR




Sebanyak 4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas yang sudah layak untuk mengundi namun masih belum menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya melihat bilangan yang belum berdaftar mengundi itu sebagai satu yang serius dan perlu diatasi secara efektif.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat 18 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas layak menjadi pemilih.

Sehingga suku ketiga tahun 2016, seramai 14,079,751 juta orang warganegara Malaysia telah mendaftar sebagai pemilih dan statistik terkini menunjukan terdapat 4,060,339 juta orang yang masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga kini.

Mengulas lanjut, Pengerusi SPR turut meminta setiap rakyat yang telah mendaftar kan diri sebagai pengundi supaya lebih serius dengan menjalankan kewajipan  keluar mengundi semasa pilihanraya diadakan. 

Semakan Pengundi sila rujuk link 
http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/

#MediaAzleeKlang #Spr #UMNO #BarisanNasional #DaftarPemilih #Malaysia




Isnin, 13 Februari 2017

UMNO SELANGOR SEBULAT SUARA MENOLAK PERLETAKAN JAWATAN JAMAL


SHAH ALAM, 13 Feb — UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Dato Sri Jamal Md Yunos sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah itu dibuat selepas menilai segala sumbangan Jamal terhadap kelangsungan parti terbabit terutamanya semasa membantu memenangkan BN pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun tahun lepas.
Katanya, keputusan UMNO Selangor itu akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti untuk dipertimbangkan dan sebarang kata akhir mengenai hal tersebut tetap bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi.
“Jamal masih layak memegang jawatan itu malah tidak pernah melakukan kesalahan sehingga didakwa di mahkamah.
“Apa pun keputusan MT, kami tetap akur. Badan perhubungan negeri tiada kuasa dalam menentukan hal keanggotaan dan perkara yang berkaitan,” kata Noh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Selangor di sini.
Sebelum ini, Jamal dilaporkan nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas.